Friday, April 1, 2016

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 3/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 3/2016

1 A  2 D  3 D  4 A

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 3/2016

1 Seorang lelaki dewasa bergayut pada palang besi yang ada di taman tersebut.
2 Seorang ibu dan dua orang anaknya duduk di bangku taman sambil menikmati minuman.
3 Dua orang bapa muda berjoging dengan anak masing-masing.
4 Seorang remaja perempuan yang bertudung membuang sampah ke dalam tong sampah.
5 Sepasang suami isteri dan anak mereka berjalan mengelilingi taman tersebut.

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 3/2016

1 Kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal untuk ke sekolah.
2 Kita hendaklah membuat persediaan awal dengan mengulang kaji pelajaran di rumah.
3 Kita hendaklah bersenam agar kesihatan lebih terjamin.
4 Kita perlulah mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menonton televisyen bersama-sama keluarga.
5 Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain supaya hidup lebih bahagia.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian C) 3/2016

        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Guru Besar, guru-guru dan murid sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

        Hadirin yang saya muliakan,

        Sebagaimana yang kita ketahui, amalan membaca merupakan satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua lapisan masyarakat haruslah mengamalkan sikap suka membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.

       Tidak dapat dinafikan lagi, membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui membaca kita dapat mengetahui perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah dan kita akan semakin bijak.

       Hadirin yang saya muliakan,

        Selain itu, melalui pembacaan juga kita dapat mengetahui berita-berita dari luar negara. Contohnya isu ekonomi, bencana dan peperangan. Ini membuatkan kita tidak ketinggalan zaman atau seperti katak di bawah tempurung.

        Membaca juga dapat mematangkan fikiran kita. Dengan membaca, kita akan tahu sesuatu perkara itu baik atau buruk. Ini secara tidak langsung akan membuat kita berfikir 
panjang sebelum mengambil satu-satu keputusan.

        Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, ingatlah masa itu emas dan perlu digunakan dengan bijak. Membaca buku-buku amat bermanfaat. Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca. Jadikan membaca amalan harian.

        Sekian, terima kasih.  

No comments:

Post a Comment