A 1. Perjalanan pulang ke kampung terlalu lama rasanya.
2. Azman ialah murid yang paling pintar di dalam kelas Tahun 4 Wawasan.
3. Suara penyanyi wanita itu merdu sekali.
4. Orang tua itu sangat letih untuk berjalan jauh.
5. Majlis perkahwinan kakak Maizura sungguh meriah.
B 1. licin
2. cermat
3. nyaris
4. bijak
Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 5/2015
1. memakai pakaian yang sesuai
2. peralatan yang digunakan sesuai
3. mengikut teknik yang betul
4. pengawasan guru
Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 5/2015
A 1. Seorang anggota polis trafik menyampaikan ceramah dengan tekun.
2. Orang ramai memberi tumpuan ketika mendengar ceramah tentang Kempen Keselamatan Jalan Raya.
3. Seorang pengawal keselamatan berdiri di tepi memerhati agar majlis berjalan lancar.
4. Seorang peserta berdiri di tengah majlis untuk bertanyakan soalan kepada penceramah.
5. Seorang peserta menulis sesuatu pada buku catatannya.
B 1. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu oleh lelaki itu terbabas ke dalam parit.
2. Segala nasihat ibu kepada abang ibarat mencurah air ke daun keladi.
Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian B) 4/2015
Aku ialah sejenis tumbuhan yang merimbun. Penduduk kampung gemar menanam aku untuk mendapatkan rebung sebagai sumber makanan. Namun begitu, aku bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi lebih daripada itu.
Aku juga boleh dibuat perabot contohnya kerusi, meja, almari dan rak. Permintaan untuk mendapatkan perabot daripada aku sangat tinggi kerana lebih lasak, tahan lama dan menarik.
Selain itu, aku juga boleh dibuat kraf tangan seperti bakul, penampi, kipas dan sebagainya. Pelancong asing sangat meminati kraf tangan daripada aku kerana menarik dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.
Aku juga boleh dibuat alat muzik seperti seruling, angklung, kerating, serunai dan sebagainya.Biasanya alat muzik daripada aku terdiri daripada bertali, genderang atau tiupan.
Aku sememangnya mempunyai daya tahan yang tinggi dan mudah dibentuk. Oleh itu, aku sesuai dijadikan alat senjata misalnya lembing, sumpit, panah, pisau sembilu dan ranjau.
Aku memang banyak kegunaannya selagi manusia tahu menghargainya.
No comments:
Post a Comment