Tuesday, March 3, 2015

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 2/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4 2/2015

A
1 naskhah
2 kuntum
3 buah
4 helai

B
1 Nurul tidak sabar untuk pergi bercuti bersama keluarganya ke Pulau Langkawi.
2 Di Pulau Langkawi, Nurul dan keluarganya melawat ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Makam Mahsuri.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 2/2015

A
1 Dua orang kanak-kanak perempuan membina istana pasir dengan gembira.
2 Dua orang kanak-kanak lelaki bermain pelampung di tepi pantai yang cetek.
3 Seorang kanak-kanak lelaki berlari ke laut sambil memegang pelampung.
4 Sebuah keluarga berkelah di tepi pantai sambil berbual-bual.
5 Seorang lelaki dewasa berdiri di bawah pokok sambil melihat kanak-kanak bermain air.

B
1 B  2 D  3 A  4 C

Jawapan Bahasa Malaysia 6 2/2015

A
1 Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas.
2 Bekas tangan penduduk orang asli itu telah mendapat sambutan ramai.
3 Lelaki yang ringan tulang itu berjaya mengumpul harta dalam masa yang singkat.
4 Mata pencarian Pak Munir sebagai nelayan terjejas akibat hujan yang turun tidak berhenti-henti.

B
        Sejak di sekolah rendah lagi, hobi saya ialah membaca. Saya suka pergi ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku-buku cerita. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis apabila dewasa nanti.
        Keluarga merupakan pendorong kuat untuk saya mencapai cita-cita ini. Ibu suka membaca majalah-majalah tempatan. Ibu selalu membeli buku-buku cerita terbaru untuk saya.
        Kini saya sudah dewasa. Kerjaya saya sebagai penulis buku kanak-kanak berkait rapat dengan hobi. Saya juga berharap agar kerjaya saya ini akan membawa kebaikan kepada saya, keluarga dan masyarakat. Saya berharap dapat menulis buku-buku kanak-kanak yang menarik dan digemari ramai.
        Harapan saya agar karya saya akan terus diingati sepanjang masa dan generasi seterusnya akan membaca tanpa rasa jemu. Semoga harapan saya ini akan menjadi suatu kenyataan yang amat bermakna.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian B) 2/2015

        Pada hari Isnin yang lepas, saya dan Azida berjalan kaki pulang dari kelas tambahan di sekolah. Kami berjalan dengan berhati-hati. Tiba-tiba, terdengar satu dentuman yang kuat.
        Rupa-rupanya sebuah kereta telah berlanggar dengan sebatang tiang lampu di tepi jalan. Kereta itu mungkin dipandu dengan laju kerana hampir keseluruhan kereta itu remuk. Tiang lampu itu juga bengkok dengan teruk.
        Tidak sampai lima minit, orang ramai telah berhimpun di tempat kejadian. Mereka ingin melihat kejadian itu dengan lebih dekat. Saya dan Azida tidak berani menghampiri tempat tersebut. Ini disebabkan oleh saya sangat takut melihat darah.
        Tidak lama kemudian, polis dan ambulans pun datang. Pihak polis mengawal tempat kejadian. Manakala pihak ambulans segera membawa mereka yang terbabit ke hospital.
        Sejak kejadian itu, saya semakin insaf dan sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan jalan raya. Kita hidup hanya sekali dan hargailah nyawa yang diberi.

No comments:

Post a Comment