Wednesday, May 13, 2015

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 7/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4 7/2015

          Anggota Kelab Sukarelawan Muda Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah menyertai aktiviti kemasyarakatan baru-baru ini. Aktiviti yang disertai oleh mereka ialah membantu mangsa-mangsa banjir di Manek Urai, Kelantan.

          Anggota Kelab Sukarelawan Muda ini telah membantu warga-warga emas yang terbabit dalam banjir baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, mereka telah membersihkan rumah-rumah mangsa banjir daripada lumpur yang tebal. Selain itu, mangsa-mangsa banjir juga telah diberi bantuan makanan dan kewangan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

          Di samping itu, anggota Kelab Sukarelawan Muda juga sibuk membersihkan masjid-masjid yang dilanda banjir. Perkarangan dan kawasan dalam masjid dibersihkan daripada sampah sarap yang dihanyutkan oleh banjir. Selain itu, mangsa-mangsa banjir itu juga diperiksa kesihatan mereka agar terhindar daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 7/2015

1  Kelab Sukarelawan Muda
2  disempurnakan
3  berbesar hati
4  berganding bahu
5  membentuk jiwa
6  bertungkus lumus
7  turun padang
8  kerjasama

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 7/2015

A
1  tarian asli
2  tarian ngajat
3  tarian sumazau
4  tarian daling-daling

B
1     2  X   3     4  

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian A)  7/2015

1  Dua orang kanak-kanak menaiki buaian sambil ditemani oleh ibunya.
2  Tiga orang kanak-kanak bermain papan gelongsor dengan gembira.
3  Dua orang kanak-kanak lelaki bermain badminton dengan bersungguh-sungguh.
4  Seorang tukang sapu menyapu daun-daun kering yang ada di bawah pokok.
5  Seorang ibu muda mendukung anak kecilnya sambil memerhati kanak-kanak bermain papan gelongsor.



No comments:

Post a Comment