Friday, September 3, 2010

Rombongan Lawatan Sambil Belajar SK Menggong di Sasmurni Bakti Sdn Bhd (Kilang Pencetakan Tatt)

Pada 9 Ogos 2010 (Isnin), murid-murid dari SK Menggong, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar di Sasmurni Bakti Sdn Bhd (Kilang Pencetakan Tatt) untuk mengetahui proses penerbitan majalah dan buku.

Kedatangan mereka disambut oleh Kakak Gi. Selepas memberi penerangan ringkas mengenai proses-proses penerbitan, Kakak Gi telah mengadakan suatu sesi soal jawab di mana murid-murid berpeluang untuk memenangi hadiah dengan menjawab soalan Kakak Gi dengan betul.

Murid-murid yang berjaya memenangi hadiah mengambil gambar bersama dengan Kakak Gi.

Murid yang berjaya memenangi hadiah istimewa nampak gembira ^^

Kemudian, tibalah masanya untuk menyampai hadiah kepada wakil guru SK Menggong.
Mr.Chua sebagai wakil Sasmurni Bakti Sdn Bhd menyampaikan hadiah kepada wakil guru SK Menggong sebagai kenangan.

Selepas itu, Kakak Gi mengiringi murid-murid memasuki kilang pencetakan untuk menperkenalkan jentera-jentera yang digunakan dalam proses pencetakan.

Murid-murid terpegun melihat jentera-jentera yang mampu menyusun muka surat buku, menjilid buku, memotong kertas dan menyusun buku sekali gus.

Di bahagian pembungkusan, murid-murid dapat melihat pekerja membungkus buku-buku yang bakal dihantar kepada pihak pengedar.

Murid-murid juga berpeluang bersembang dengan pekerja di situ.
Senyuman yang dipaparkan di muka murid-murid membuktikan bahawa lawatan ke kilang pencetakan ini telah banyak memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka. Selepas lawatan berakhir, murid-murid pulang dengan perasaan puas hati kerana mendapat pengetahuan yang berguna daripada lawatan sambil  belajar ini.

   

No comments:

Post a Comment