Tuesday, September 21, 2010

Buku Cerita Terbaru Di Pasaran! Dapatkan Naskhah Anda Hari Ini Juga.

Asal Usul Nama Tempat

Asal Usul Nama Tempat merupakan himpunan cerita rakyat yang mengisahkan bagaimana sesebuah negeri atau daerah mendapat nama. Peristiwa aneh dan menarik yang berlaku telah membawa kepada penamaan nama tempat tersebut.


Terdapat 12 cerita menarik di dalam buku ini dan setiap satunya diselitkan dengan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan panduan. Bahan bacaan ini turut dirangsang dengan ilustrasi yang menarik dan amat sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak sekolah.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Kisah Dinosaur
Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang telah wujud berjuta-juta tahun dahulu. Dinosaur terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Kehidupan mereka juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawasan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.



Terdapat 10 cerita yang menarik di dalam buku ini. Ketahuilah dunia yang menakjubkan tentang pelbagai jenis dinosaur di dalam buku ini.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Legenda Puteri Gunung Ledang

Legenda Puteri Gunung Ledang mengisahkan sejarah yang berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Legenda ini sarat dengan nilai moral untuk pedoman bersama.


Turut disertakan glosari di bahagian akhir buku bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuh kemahiran bahasa kanak-kanak. Bahan bacaan ini turut dirangsang dengan ilustrasi yang menarik dan amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak sekolah.

No comments:

Post a Comment