Buku ini sangat sesuai digunakan oleh murid-murid Tahun Satu yang bakal menghadapi Ujian Saringan LINUS mahupun murid-murid yang bakal menjejaki kaki ke Tahun Satu sebagai persediaan untuk mereka menguasai literasi dan numerasi sebelum mengikuti pendidikan tersebut secara formal di sekolah.
---------------------------------------------------
Literasi Menulis
* Disediakan mengikut Panduan Program LINUS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
* Buku ini ditulis berdasarkan unit dalam Kemahiran Literasi
* Setiap latihan dibentuk daripada pecahan kemahiran yang terdapat dalam Modul Pengajaran Asas Literasi
* Penggunaan kosa kata adalah daripada gabungan Daftar Kata Prasekolah dan Tahun Satu
* Buku ini memuatkan aktiviti dan latihan berserta ilustrasi menarik untuk membantu pemahaman murid-murid dengan lebih berkesan
* Murid-murid akan diberi pendedahan secara berperingkat merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf, suku kata dan perkataan, rangkai kata dan ayat.
# E-Book Preview: www.leebook.com.my/ chinese/e-book/Workbook/ PLBM/Default.html
Numerasi Bertulis
* Disediakan mengikut Panduan Program LINUS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
* Buku ini ditulis berdasarkan konstruk dalam Kemahiran Numerasi
* Setiap latihan dibentuk daripada kemahiran yang terdapat dalam Modul Pengajaran Asas Numerasi
* Soalan disediakan dalam pelbagai bentuk
* Buku ini memuatkan latihan berserta ilustrasi menarik untuk membantu pemahaman murid-murid dengan lebih berkesan
* Murid-murid akan diberi pendedahan secara berperingkat
merangkumi kemahiran mengenal pra nombor dan angka, membilang, mengendalikan operasi asas dan lain-lain lagi.
# E-Book Preview: www.leebook.com.my/chinese/e-book/Workbook/PLBMMM/Default.html