Saturday, September 15, 2012

Siri Pra-Linus

Siri Pra-Linus ini merupakan buku yang mengikut pendekatan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh.


Buku ini sangat sesuai digunakan oleh murid-murid Tahun Satu yang bakal menghadapi Ujian Saringan LINUS mahupun murid-murid yang bakal menjejaki kaki ke Tahun Satu sebagai persediaan untuk mereka menguasai literasi dan numerasi sebelum mengikuti pendidikan tersebut secara formal di sekolah.

---------------------------------------------------

Literasi Menulis

* Disediakan mengikut Panduan Program LINUS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia


* Buku ini ditulis berdasarkan unit dalam Kemahiran Literasi


* Setiap latihan dibentuk daripada pecahan kemahiran yang terdapat dalam Modul Pengajaran Asas Literasi 


* Penggunaan kosa kata adalah daripada gabungan Daftar Kata Prasekolah dan Tahun Satu


* Buku ini memuatkan aktiviti dan latihan berserta ilustrasi menarik untuk membantu pemahaman murid-murid dengan lebih berkesan


* Murid-murid akan diberi pendedahan secara berperingkat merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf, suku kata dan perkataan, rangkai kata dan ayat.





Numerasi Bertulis
* Disediakan mengikut Panduan Program LINUS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia



* Buku ini ditulis berdasarkan konstruk dalam Kemahiran Numerasi

* Setiap latihan dibentuk daripada kemahiran yang terdapat dalam Modul Pengajaran Asas Numerasi


* Soalan disediakan dalam pelbagai bentuk


* Buku ini memuatkan latihan berserta ilustrasi menarik untuk membantu pemahaman murid-murid dengan lebih berkesan


* Murid-murid akan diberi pendedahan secara berperingkat 
merangkumi kemahiran mengenal pra nombor dan angka, membilang, mengendalikan operasi asas dan lain-lain lagi.


# E-Book Preview: www.leebook.com.my/chinese/e-book/Workbook/PLBMMM/Default.html

No comments:

Post a Comment