Showing posts with label Buku Cerita Terbaru. Show all posts
Showing posts with label Buku Cerita Terbaru. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Siri Fantasi Sains [Versi BM Integrated Thematic Science Series]

* Menepati Dasar MBMMBI

* membawa kamu melayari dunia Sains dan merupakan buku cerita yang sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan remaja.

* Hakcipta Rasmi Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia diberi oleh YOUNG SCIENTISTS PTE. LTD.

----------------------------------------
LEVEL 1

[Diversity-Level 1] Hantu Sedang Mengintai



[Cycles-Level 1] Ladang Getah Berhantu?

E-Book Preview: http://www.leebook.com.my/e-book/e-book/IntegratedThematicScienceSeries/BM/Level1/Cycles/Default.html

[Systems-Level 1] Saya Boleh Lihat Fotosintesis!


E-Book Preview: http://www.leebook.com.my/e-book/e-book/IntegratedThematicScienceSeries/BM/Level1/Systems/Default.html

[Energy-Level 1] Tanaman di dalam Bilik

E-Book Preview: http://www.leebook.com.my/e-book/e-book/IntegratedThematicScienceSeries/BM/Level1/Energy/Default.html

[Interactions-Level 1] Ekor, Bertindak!


E-Book Preview: http://www.leebook.com.my/e-book/e-book/IntegratedThematicScienceSeries/BM/Level1/Interactions/Default.html
----------------------------------------
LEVEL 2

[Diversity-Level 2] Pang! Berhati-hati Kaca!


[Cycles-Level 2] Terbang Pepatung! Terbang!


[Systems-Level 2] Laju, Kereta F1! Laju!


[Energy-Level 2] Sumber Cahaya yang Misteri


[Interactions-Level 2] Beruang Polar Berpindah


----------------------------------------
LEVEL 3

[Diversity-Level 3] HAOW!


[Cycles-Level 3] Begitulah Rupa Bentuk Bijan


[Systems-Level 3] Pemakan yang Hebat


[Energy-Level 3] Rahsia Bergolek


[Interactions-Level 3] Tapak tangan Vs Telur

Monday, December 17, 2012

Siri Pengayaan Sains - Bacaan Lanjutan Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1


* Bacaan serentak dengan kandungan buku teks
* Nashkah yang mesti dimiliki dalam proses pengajaran

Murid-murid sekolah rendah berada di titik permulaan dalam jalan yang menuju ke peluasan ilmu pengetahuan. Mereka mempunyai daya ingin tahu yang kuat, terutamanya mengenai sains yang berkait rapat dengan kehidupan harian. Mata pelajaran ini dapat meluaskan imaginasi mereka. Pengetahuan sains murid-murid akan lebih kukuh dan padat jika mereka dapat mempelajari ilmu tambahan daripada bacaan lanjutan di samping menerima pelajaran asas daripada buku teks.

BACAAN LANJUTAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 ditulis dengan melanjutkan kandungan buku teks. 

Terdapat 36 buah buku di dalam set bacaan ini yang terdiri daripada empat tema iaitu:
Siri Tubuh Badan Kita (5 buah buku)
Siri Haiwan (10 buah buku)
Siri Tumbuhan (10 buah buku)
Siri Sains dalam Kehidupan Harian (11 buah buku)

Kanak-kanak yang gemar membaca bacaan tambahan bukan sahaja berpengetahuan luas, malah mereka
mempunyai daya penyerapan dan daya penyelesaian masalah yang lebih tinggi.

Ilmu pengetahuan tidak terhad kepada buku teks sahaja.

BACAAN LANJUTAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 membawa murid ke luar bilik darjah untuk mempelajari ilmu sains yang lebih luas dan menarik.

---------------------------------------------------
Siri Tubuh Badan Kita (5 buah buku)
Siri Tubuh Badan Kita ini disusun khas untuk meningkatkanpengetahuan murid-murid dalam sains.
Dengan ilustrasi menarik, laras bahasa mudah difahami dan fakta yang tepat dapat merangsang murid dalam pembelajaran sains secara menyeronokkan!


* Mata untuk Melihat
* Telinga-Pengumpul Bunyi
* Bukit di Muka Saya - Hidung
* Mulut dan Lidah
* Tangan dan Kaki

Siri Haiwan (10 buah buku)
Siri Alam Haiwan ini ditulis khas untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang keistimewaan dan keunikkan setiap haiwan. Dengan ilustrasi menarik, laras bahasa mudah difahami dan fakta yang tepat
merangsang murid dalam pembelajaran Sains secara menyeronokkan!


* Kucing
* Ikan
* Burung
* Ular
* Katak
* Lipas
* Siput
* Rama-rama
* Haiwan Bertanduk
* Cara Haiwan Mempertahankan Diri

Siri Tumbuhan (10 buah buku)
Membaca Siri Tumbuhan seolah-olah melawat ke sebuah taman botani dan memerhati tumbuhan-tumbuhan dari jarak dekat. Murid-murid akan mengetahui maklumat yang menarik tentang tumbuhan di samping mengenali tumbuhan itu.
Dengarlah suara daripada tumbuhan, berkawanlah dengan hati yang ikhlas, cintailah alam semula jadi!


* Pokok Keembung
* Pokok Pisang
* Pokok Kelapa
* Pokok Paku-pakis
* Rumput
* Pokok Bunga Raya
* Pokok Mangga
* Pokok Orkid
* Pokok Nanas
* Bunga Ros

Siri Sains dalam Kehidupan Harian (11 buah buku)
Siri Sains dalam Kehidupan Harian menggunakan bahasa yang mudah difahami dan gambar yang menarik untuk menerangkan fenomena hidupan harian. Kandungan buku dalam siri ini jelas dan padat dan dapat meluaskan pandangan pembaca tentang sains.


* Bunyi
* Kulit
* Timbul dan Tenggelam
* Kubus dan Kuboid
* Piramid, Prisma dan Kon
* Sfera dan Silinder
* Deria Rasa
* Bau
* Saiz
* Dunia Warna
* Bentuk

Thursday, May 24, 2012

Sains dalam Kehidupan Harian (Akan Datang!)


Siri 《Sains dalam Kehidupan Harian》merangkumi 11 buah buku. Bahasa yang mudah difahami dan gambar yang menarik digunakan untuk menerangkan fenomena kehidupan harian.


Kandungan buku di dalam siri ini jelas dan padat serta dapat meluaskan pengetahuan pembaca tentang sains.

Tuesday, March 27, 2012

Alam Tumbuhan (Akan Datang!)


Membaca Siri Tumbuhan seolah-olah melawat ke sebuah taman botani dan memerhati tumbuhan-tumbuhan dari jarak dekat. Murid-murid akan mengetahui maklumat yang menarik tentang tumbuhan di samping mengenali tumbuhan itu. Dengarlah suara daripada tumbuhan, berkawanlah dengan hati yang ikhlas, cintailah alam semula jadi!

Friday, February 24, 2012

Alam Haiwan (Akan Datang!)



"Alam Haiwan" ini ditulis khas untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang keistimewaan dan keunikkan setiap haiwan. Dengan ilutrasi menarik, laras bahasa mudah difahami dan fakta yang tepat merangsang murid dalam pembelajaran Sains secara menyeronokkan!

Tuesday, September 21, 2010

Buku Cerita Terbaru Di Pasaran! Dapatkan Naskhah Anda Hari Ini Juga.

Asal Usul Nama Tempat

Asal Usul Nama Tempat merupakan himpunan cerita rakyat yang mengisahkan bagaimana sesebuah negeri atau daerah mendapat nama. Peristiwa aneh dan menarik yang berlaku telah membawa kepada penamaan nama tempat tersebut.


Terdapat 12 cerita menarik di dalam buku ini dan setiap satunya diselitkan dengan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan panduan. Bahan bacaan ini turut dirangsang dengan ilustrasi yang menarik dan amat sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak sekolah.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Kisah Dinosaur
Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang telah wujud berjuta-juta tahun dahulu. Dinosaur terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Kehidupan mereka juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawasan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.



Terdapat 10 cerita yang menarik di dalam buku ini. Ketahuilah dunia yang menakjubkan tentang pelbagai jenis dinosaur di dalam buku ini.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Legenda Puteri Gunung Ledang

Legenda Puteri Gunung Ledang mengisahkan sejarah yang berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Legenda ini sarat dengan nilai moral untuk pedoman bersama.


Turut disertakan glosari di bahagian akhir buku bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuh kemahiran bahasa kanak-kanak. Bahan bacaan ini turut dirangsang dengan ilustrasi yang menarik dan amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak sekolah.