Wednesday, March 31, 2010

Cepat! Hantarkan hasil ciptaan anda dan memenangi hadiah lumayan! (Tarikh tutup : 15 / 4 / 2010)

Pengenalan Dan Peraturan Peraduan Memilih Pereka Cipta Mesra Alam 2010 Sasmurni Bakti:

** Tajuk : Sebarang ciptaan bertemakan mesra alam

** Kategori Penyertaan :
Kategori A (Umur 7-9 tahun) 
Kategori B (Umur 10-12 tahun)

 
** 
Peraturan-peraturan Peraduan :
a) Semua peserta daripada setiap kategori dikehendaki mereka sebarang ciptaan bertemakan mesra alam. Kemudian lukiskan ciptaan anda itu padakertas A4 (30cm x 21cm) dan warnakan. Seterusnya, anda perlu memberi penerangan tentang produk ciptaan anda pada kertas yang berasingan.Kirimkan hasil ciptaan kamu kepada alamat berikut:
 

Sasmurni Bakti Sdn Bhd 
No. 42, Jalan Metro Perdana Barat 12, 
Sri Edaran Industrial Park, 
Off Jalan Kepong, 
52100 Kuala Lumpur.  

b) Sebanyak 24 penyertaan akan dipilih oleh pihak penganjur untuk dipertandingkan ke peringkat akhir. Pada peringkat ini, pemenang akan ditentukan sama ada secara undian di laman web www.sasmurni.blogspot.com atau oleh pihak penganjur.

c) Hasil ciptaan hendaklah ciptaan asli peserta. Setiap penyertaan mestilah berserta dengan cop pengesahan guru besar.

d) Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapihanya satu penyertaan akan dipilih untuk ke peringkat akhir.

e) Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat peraduan.

f) Keputusan pihak penganjur adalah muktamad, sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

** Hadiah :
Terdapat 3 hadiah utama bagi setiap kategori :
a) Pemenang dengan Undian Tertinggi : Tempat Pertama,Tempat Kedua danTempat Ketiga (100% ditentukan oleh undian melalui internet)
b) Pemenang Pilihan Juri (100% ditentukan oleh pihak penganjur)
c) 20 hadiah sagu hati
** Pihak penganjur berhak menukarkan hadiah-hadiah dengan hadiah yang sama nilai.


** Kriteria Pemenang Pilihan Juri :
a) Bagi Pemenang dengan Undian Tertinggi, keputusan undian di internet adalah muktamad. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

b) Bagi Pemenang Pilihan Juri, keputusan pilihan juri adalah muktamad.

** Tarikh tutup : 15 / 4 / 2010 (Khamis)

** Tarikh undian di internet : 1 / 5 / 2010 (Sabtu) hingga 31 / 5 / 2010 (Isnin)

** Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Sasmurni Bakti Sdn. Bhd. (Tel: 03-6258 9471)  
Cheok (Ext:120), Wan (Ext:123)

** Hasil ciptaan semua pemenang akan dipaparkan dalam majalah sains kami : 《Sains Adik》,《Tunas Sains》,《Rakan Sains》, 《Adik Digital》

** Perhatian :
Pihak penganjur berhak meminda atau mengubah sebarang syarat tanpa notis.

No comments:

Post a Comment