* Bacaan serentak dengan kandungan buku teks
* Nashkah yang mesti dimiliki dalam proses pengajaran
Murid-murid sekolah rendah berada di titik permulaan dalam jalan yang menuju ke peluasan ilmu pengetahuan. Mereka mempunyai daya ingin tahu yang kuat, terutamanya mengenai sains yang berkait rapat dengan kehidupan harian. Mata pelajaran ini dapat meluaskan imaginasi mereka. Pengetahuan sains murid-murid akan lebih kukuh dan padat jika mereka dapat mempelajari ilmu tambahan daripada bacaan lanjutan di samping menerima pelajaran asas daripada buku teks.
BACAAN LANJUTAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 ditulis dengan melanjutkan kandungan buku teks.
Terdapat 36 buah buku di dalam set bacaan ini yang terdiri daripada empat tema iaitu:
Siri Tubuh Badan Kita (5 buah buku)
Siri Haiwan (10 buah buku)
Siri Tumbuhan (10 buah buku)
Siri Sains dalam Kehidupan Harian (11 buah buku)
Kanak-kanak yang gemar membaca bacaan tambahan bukan sahaja berpengetahuan luas, malah mereka
mempunyai daya penyerapan dan daya penyelesaian masalah yang lebih tinggi.
Ilmu pengetahuan tidak terhad kepada buku teks sahaja.
BACAAN LANJUTAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 membawa murid ke luar bilik darjah untuk mempelajari ilmu sains yang lebih luas dan menarik.
---------------------------------------------------
Siri Tubuh Badan Kita (5 buah buku)
Siri Tubuh Badan Kita ini disusun khas untuk meningkatkanpengetahuan murid-murid dalam sains.
Siri Haiwan (10 buah buku)
Siri Alam Haiwan ini ditulis khas untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang keistimewaan dan keunikkan setiap haiwan. Dengan ilustrasi menarik, laras bahasa mudah difahami dan fakta yang tepat
Siri Tumbuhan (10 buah buku)
Membaca Siri Tumbuhan seolah-olah melawat ke sebuah taman botani dan memerhati tumbuhan-tumbuhan dari jarak dekat. Murid-murid akan mengetahui maklumat yang menarik tentang tumbuhan di samping mengenali tumbuhan itu.
Siri Sains dalam Kehidupan Harian (11 buah buku)