Saturday, April 23, 2016

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 5/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 5/2016

1 sungguh
2 sangat
3 sangat
4 paling
5 sekali
6 amat
7 sungguh
8 terlalu

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 5/2016

1 Dua orang kanak-kanak bermain jongkang-jongket dengan gembira.
2 Seorang kanak-kanak bermain papan gelongsor sambil dipantau oleh ayahnya.
3 Seorang kanak-kanak menaiki tangga dengan berhati-hati.
4 Dua orang kanak-kanak perempuan bermain buaian sambil ketawa.
5 Dua orang dewasa memantau pergerakan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan mereka.

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 5/2016

1 Beliau
2 Kami
3 Mereka
4 Beliau
5 Dia
6 dia
7 kami
8 Beliau

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian B) 5/2016

Kita mestilah menghargai ibu kerana ibu orang yang telah melahirkan kita. Selain itu, kita mesti menghormati ibu kerana ibu adalah penawar dalam kehidupan saat kita sedih mahupun gembira. Ibu juga sentiasa memberi motivasi untuk kita menghadapi kehidupan. Kita perlu mendapatkan restu ibu dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, kita mesti membalas jasa dan pengorbanan ibu.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 5/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 1 5/2016

Unit 9
1 depang
2 sentuh
3 berdiri
4 lompat

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 2 5/2016

Unit 8
1 A   2 B   3 B   4 B

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 3 5/2016

Unit 8
1 masakan
2 makanan seimbang
3 kesihatan
4 pagi
5 tengah hari
6 khasiat
7 mendidik
8 faham

Jawapan Latihan Penulisan B 5/2016

a pakaian berwarna cerah
b Apabila melintas jalan raya, gunakan lintasan belang.

c (i) salah
  (ii) betul
  (iii) salah
  (iv) betul

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 4/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 4/2016

1 B   2 D   3 D   4 D

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 4/2016

1 A   2 D   3 D   4 A

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 4/2016

a Bagaimanakah cara paling mudah untuk kita mengeluarkan peluh daripada badan?
b Terima kasih, Cikgu.
c seperti menatang minyak yang penuh.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian A) 4/2016

1 Kita hendaklah menjaga kesihatan diri seperti menggosok gigi pada setiap hari.
2 Amalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan ikan, buah-buahan dan bijirin.
3 Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.
4 Amalkan senaman di dalam kehidupan seperti berjoging.
5 Lakukan aktiviti bersama-sama anggota keluarga seperti bermain badminton.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 4/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 1 4/2016

Unit 7
1 D   2 B   3 A   4 C   5 C

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 2 4/2016

Unit 7
1 B   2 D   3 D   4 D

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 3 4/2016

 
1 B   2 B   3 D   4 B

Jawapan Latihan Penulisan A 4/2016

 
1 menikmati
2 menerangkan
3 memerhati
4 memakai
5 mengambil

Friday, April 1, 2016

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 3/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 3/2016

1 A  2 D  3 D  4 A

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 3/2016

1 Seorang lelaki dewasa bergayut pada palang besi yang ada di taman tersebut.
2 Seorang ibu dan dua orang anaknya duduk di bangku taman sambil menikmati minuman.
3 Dua orang bapa muda berjoging dengan anak masing-masing.
4 Seorang remaja perempuan yang bertudung membuang sampah ke dalam tong sampah.
5 Sepasang suami isteri dan anak mereka berjalan mengelilingi taman tersebut.

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 3/2016

1 Kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal untuk ke sekolah.
2 Kita hendaklah membuat persediaan awal dengan mengulang kaji pelajaran di rumah.
3 Kita hendaklah bersenam agar kesihatan lebih terjamin.
4 Kita perlulah mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menonton televisyen bersama-sama keluarga.
5 Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain supaya hidup lebih bahagia.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian C) 3/2016

        Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Guru Besar, guru-guru dan murid sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

        Hadirin yang saya muliakan,

        Sebagaimana yang kita ketahui, amalan membaca merupakan satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua lapisan masyarakat haruslah mengamalkan sikap suka membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.

       Tidak dapat dinafikan lagi, membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui membaca kita dapat mengetahui perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah dan kita akan semakin bijak.

       Hadirin yang saya muliakan,

        Selain itu, melalui pembacaan juga kita dapat mengetahui berita-berita dari luar negara. Contohnya isu ekonomi, bencana dan peperangan. Ini membuatkan kita tidak ketinggalan zaman atau seperti katak di bawah tempurung.

        Membaca juga dapat mematangkan fikiran kita. Dengan membaca, kita akan tahu sesuatu perkara itu baik atau buruk. Ini secara tidak langsung akan membuat kita berfikir 
panjang sebelum mengambil satu-satu keputusan.

        Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, ingatlah masa itu emas dan perlu digunakan dengan bijak. Membaca buku-buku amat bermanfaat. Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca. Jadikan membaca amalan harian.

        Sekian, terima kasih.  

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 3/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 1 3/2016

Unit A

a  Setelah bangun daripada tidur kita mesti cuci gigi dan mandi.
b  Baju seragam sekolah.
c  (i) ✓   (ii) X

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 2 3/2016

Unit 4

1 B   2 C  3 D  4 D

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 3 3/2016

Unit 4

1 berguna
2 memanaskan
3 menggunakan
4 berhati-hati
5 kebakaran
6 kehilangan
7 mendatangkan
8 melarang
9 disalahgunakan
10 meletakkan

Jawapan Latihan Penulisan C 3/2016

        Setiap murid wajib menjaga diri dan memelihara diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik sendiri. Memelihara diri amat penting demi menjaga kemuliaan  diri, keluarga, masyarakat dan negara.

        Oleh itu, seseorang murid itu perlulah memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran agama masing-masing dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri seperti ponteng sekolah, mencuri, tidak menghormati ibu bapa, guru dan sebagainya.

        Selain itu, kita juga perlu menunjukkan contoh yang baik. Contohnya berpakaian kemas dan bersih. Kita tidak boleh memakai pakaian yang mempunyai lambang-lambang yang  diharamkan dan menimbulkan kerisauan di dalam masyarakat.

        Manakala dalam pergaulan, kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain. Bercakaplah dengan percakapan yang baik dan menggunakan bahasa yang sopan. Sekiranya ini dijadikan amalan, sudah tentu kita akan dihormati oleh kawan dan lawan.

        Paling penting sikap ringan tulang mesti diamalkan dan dengar segala nasihat guru. Ini semua amalan yang baik untuk hidup yang akan datang.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 2/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 2/2016

A

1 Tiga orang kanak-kanak berbasikal mengelilingi taman untuk mencergaskan badan.
2 Dua orang kanak-kanak lelaki bermain badminton dengan bersungguh-sungguh.
3 Dua orang kanak-kanak ketawa riang ketika bermain jongkang-jongket.
4 Dua orang kanak-kanak bermain papan gelongsor dengan gembira.
5 Dua orang kanak-kanak bermain buaian dengan berhati-hati.

B

1 D  2 B

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 2/2016

1 apa  2 mana  3 siapa

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 2/2016

1 C  2 A  3 C  4 B  5 A

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian B) 2/2016

        Peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam membawa maksud sekiranya berusaha dengan gigih pasti akan berjaya juga akhirnya.

        Ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai atau mahir dalam sesuatu bidang tetapi sekiranya dia berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya juga akhirnya.

        Saya sendiri misalnya bukanlah seorang yang mahir bermain violin ketika peringkat awal dahulu.Namun begitu, ibu bapa telah menghantar saya ke kelas violin setelah melihat saya berminat dengan muzik tersebut.

        Pada peringkat awalnya saya langsung tidak pandai menggesek violin dengan baik. Namun, saya tetap tidak putus asa dan belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya, saya mahir bermain violin dengan baik sekali.

        Peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam amat bertepatan dengan diri saya.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 2/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 1 2/2016

Unit 4

1 A   2 C  3 B   4 A

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 2 2/2016

Unit 3

1 D   2 A   3 B   4 B

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 3 2/2016

Unit 3

1 dan   
2 juga
3 yang
4 sudah
5 ke
6 dengan
7 telah
8 untuk
9 akan
10 kepada

Jawapan Latihan Penulisan B 2/2016

1 pengawas
2 amanah
3 sahabat
4 perpustakaan
5 menjalankan
6 menyusun
7 membantu
8 mesra
9 disenangi
10 dipilih

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 1/2016

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 1/2016

1 D  2 B  3 C  4 B

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 1/2016

1 B  2 B  3 C  4 A

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 1/2016

a Ayat tanya: Apakah kemahiran nenek Aida?
b Terima kasih, makcik.
c Ringan tulang.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian A) 1/2016

1 Dua orang anggota pengakap bekerjasama memasang khemah supaya dapat disiapkan cepat.
2 Dua orang anggota pengakap memasak air dengan menggunakan kayu api.
3 Seorang anggota pengakap memikul kayu untuk digunakan ketika perkhemahan.
4 Seorang anggota pengakap menyapu daun-daun kering di kawasan perkhemahan mereka supaya bersih.
5 Seorang ketua pengakap menulis aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota pengakap.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 1/2016

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1 1/2016

Unit 1

1 A  2 B   3 A   4 D

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2 1/2016

Unit 1

1 Sayang
2 Rajin
3 senang

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3 1/2016

Unit 1 

1 C   2 B   3 C   4 B

Jawapan Latihan Penulisan A 1/2016

1 menyambut
2 menuang
3 melayari
4 tersenyum
5 membawa

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 16/2015

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 4 16/2015

1 Pengumuman
2 pertandingan
3 Tajuk
4 Tujuan
5 kreatif
6 Setiap

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 5 16/2015

1 Keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan dan sebagainya) di sesuatu tempat pada ketika tertentu.
2 Terang (berkenaan dengan) hari, bulan, lampu, langit dan lain-lain.
3 Awan yang membawa air hujan, tidak terang, redup (kerana matahari dilindungi awan).
4 Ilmu kaji cuaca.
5 Laut yang termasuk dalam daerah sesebuah negara.
6 Berkocak dengan hebatnya (tentang air laut), bergelombang besar.

Jawapan Bahasa Melayu Tahun 6 16/2015

A 
1 Seorang murid lelaki memilih buku yang tersusun kemas pada rak buku.
2 Murid-murid beratur di kaunter buku untuk membuat pinjaman buku.
3 Seorang pustakawan merekodkan buku-buku yang bakal dipinjam oleh murid-murid.
4 Seorang murid lelaki duduk di kerusi sambil membaca surat khabar.
5 Murid-murid tekun mengulang kaji pelajaran di dalam perpustakaan yang luas itu.

B
1 pernah
2 mahu

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian A) 16/2015

1 Seorang ibu menghayun buaian yang dinaiki oleh anaknya.
2 Dua orang kanak-kanak lelaki bermain jongkang-jongket dengan ceria.
3 Nenek membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di tepi taman.
4 Dua orang kanak-kanak perempuan duduk di bangku sambil menikmati aiskrim.
5 Dua orang kanak-kanak lelaki bermain badminton dengan bersungguh-sungguh.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 16/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1 16/2015

Unit 30

1 dusun
2 durian
3 sungguh
4 gugur
5 datuk
6 ulas
7 sebelum
8 sejuk
9 kampung
10 dilupakan

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2 16/2015

Unit 29

1 Cipta sesuatu jangan jemu,
Untuk kemudahan hidup manusia.

2 Tahniah kawan saya ucapkan,
Menang pertandingan reka cipta.

3 Sains teknologi sangat berguna,
Didik murid menjadi bestari.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3 16/2015

Unit 29

1 Wah, hebatnya pameran kereta solar itu!
2 Minggu Sains diadakan pada 29 hingga 30 Jun 2015 di Pusat Sains Negara.
3 Siapakah yang menerima Anugerah Saintis Muda 2015?

Jawapan Latihan Penulisan A 16/2015

1 membawa
2 memasukkan
3 menyapu
4 membuang
5 menjinjing

Wednesday, July 1, 2015

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 9/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4 9/2015

Pendahuluan
- cuti sekolah
- majlis Pertandingan Akhir Dikir Barat 2015 (Karnival Seni Budaya Kelantan 2015) 20 Ogos 2015

Isi
1 - meriah dan menarik
   - memperkenalkan kumpulan yang bertanding
   - setiap kumpulan diketuai seorang Tukang Karut dan Tok Juara
2 - Tukang Karut dan Tok Juara mendahului dengan nyanyian sambil berbalas pantun
   - awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang
3 - penonton memberi sokongan
   - masing-masing menunjukkan kelebihan
  - pemenang Kumpulan Dikir Barat Pasir Mas Penutup

Penutup
- satu pengalaman yang sukar dilupakan

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 9/2015

Bumi bertuah kesayangan semua,
Negara Malaysia diberi nama,

Pelbagai agama pelbagai amalan,
Budaya yang baik perlu dikekalkan,

Rumah terbuka tetamu pun diundang,
Pelbagai hidangan banyak terhidang,

Pelbagai bangsa hidup bersatu,
Sentiasa dirai tanpa seteru,

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 9/2015
A
1  Seorang lelaki memegang cangkul sambil memerhati dua orang rakannya mengangkat kuali besar.
2  Seorang lelaki berbual-bual dengan rakannya sambil memegang cangkul.
3  Dua orang lelaki mengangkat kuali besar untuk diletakkan di dalam lubang dapur.
4  Seorang lelaki membawa kayu api untuk digunakan ketika memasak.
5  Seorang lelaki memerhati rakan-rakannya yang sedang melakukan tugas masing-masing.

B
1  Budak perempuan itu selalu pergi ke hutan mencari buah-buahan yang boleh dijadikan makanan.
2  Pari-pari menghadiahi Jane sebuah periuk ajaib sebagai tanda terima kasih.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian C) 9/2015
          Kita hendaklah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti membantu bapa. Kita juga hendaklah rajin seperti menolong bapa di dalam pekerjaannya. Selain itu, kita juga mestilah peramah dalam melayan pelanggan-pelanggan yang datang membeli. Kita juga perlu menjaga kebersihan dengan mencuci gerai sebelum pulang. Akhir sekali sebagai bapa kita perlu bersyukur mempunyai anak yang suka menolong.


Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 8/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4 8/2015

1  melayan kanak-kanak
2  menabur bakti
3  mengemas dan menghias
4  minat membaca
5  masuk Skuad Prihatin

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 8/2015

1  kepunyaan
2  membesar
3  berkasih sayang
4  menjaga
5  mengeluarkan
6  pendapatan
7  berbakti
8  melindungi
9  selamat

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 8/2015

A  
1  Seorang wanita muda memilih kain ela yang sesuai untuk dijadikan pakaian.
2  Seorang kanak-kanak perempuan memegang beberapa biji belon sambil berpimpin tangan dengan ibunya.
3  Seorang wanita berjalan sambil membawa beg kertas yang besar.
4  Seorang lelaki memilih kasut yang sesuai untuk anak lelakinya.
5  Seorang wanita memilih gaun labuh untuk kegunaannya sendiri.

B
1  Makna : Tempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu (surat, barang).
Ayat : Bungkusan-bungkusan itu akan sampai ke destinasinya sebelum hujung bulan ini.

2  Makna : Pohon-pohon.
Ayat : Pepohon kelapa itu melambai-lambai ditiup angin.

3. Makna : Bercuti, beristirehat.
Ayat : Aida sekeluarga berlibur di Pulau Tioman.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian B) 8/2015

          Tokoh yang paling saya kagumi ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyarham Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Pekan. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar.
          Pada tahun 1940, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura. Pada 1947, Allahyarham ke England untuk belajar undang-undang dan lulus dari Lincoln's Inn, pada tahun 1950.
         Pada tahun 1952, Allahyarham menjadi Setiausaha Kerajaan Pahang. Allahyarham menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1955. Seterusnya Allahyarham bertanding dalam pilihan raya pertama dan menang. Allahyarham menjadi Menteri Pelajaran Pertama dan mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem pelajaran negara pada tahun 1956. Allahyarham digelar Bapa Pembangunan Luar Bandar.
          Pada 22 September 1970, Allahyarham dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Allahyarham seorang pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.
          Pada 14 Januari 1976, Allahyarham Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 9/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1 9/2015

Unit 16 
1  apa
2  siapa
3  Siapa
4  siapa
5 apa

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2 9/2015

Unit 16
1  menyambut kedatangan
2  disambut dengan meriah
3  30 orang murid
4  menaiki sebuah bas
5  berpakaian seragam sekolah
6  ucapan alu-aluan
7  cara-cara menanam dan menjaga
8  melawat ke kebun jagung

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3 9/2015

Unit 12
A 
1  Kuda-kuda digunakan untuk mengelakkan bumbung daripada diterbangkan oleh angin.
2  Ayah menggunakan tupai-tupai untuk mengukuhkan binaan gazebo di rumahnya.
3  Kisi-kisi terdapat di kiri dan kanan gazebo.
4  Aiman menggunakan siku-siku semasa melukis plan rumahnya.

B
1  Cikgu Faizal mengadakan aktiviti lakonan di dalam bilik darjah.
2  Azreen bercita-cita untuk menjadi doktor veterinar.
3  Roslina melihat Cikgu Habibah melakukan tugas sebagai guru di taman asuhan itu.

Jawapan Latihan Penulisan C 9/2015
1  menjaga keselamatan
2  menghargai
3  berjimat cermat
4  baik hati
5  bersopan santun

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 8/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1 8/2015

Unit 15
1  hentian bas
2  beratur
3  lintasan belang
4  lorong basikal
5  selamat
6  berhenti

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2 8/2015

Unit 13
1  sejenis permainan anjung
2  biji batu dan biji getah
3  buah akan diserakkan di atas lantai
4  Pemain tidak lebih daripada lima orang

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3 8/2015

Unit 12
1  Farhana menolong jirannya menyiram pokok bunga.
2  Aidil membantu orang kurang upaya melintas jalan raya yang sibuk itu.
3  Hartawan itu memberi sumbangan kepada anak-anak yatim piatu.
4  Kita perlu berbaik-baik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan darjat.

Jawapan Latihan Penulisan B 8/2015
1  membersihkan
2  berkunjung
3  melawat
4  berkumpul
5  teknik
6  menolong
7  memastikan
8  berbesar hati
9  mengucapkan

Wednesday, May 13, 2015

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 7/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4 7/2015

          Anggota Kelab Sukarelawan Muda Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah menyertai aktiviti kemasyarakatan baru-baru ini. Aktiviti yang disertai oleh mereka ialah membantu mangsa-mangsa banjir di Manek Urai, Kelantan.

          Anggota Kelab Sukarelawan Muda ini telah membantu warga-warga emas yang terbabit dalam banjir baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, mereka telah membersihkan rumah-rumah mangsa banjir daripada lumpur yang tebal. Selain itu, mangsa-mangsa banjir juga telah diberi bantuan makanan dan kewangan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

          Di samping itu, anggota Kelab Sukarelawan Muda juga sibuk membersihkan masjid-masjid yang dilanda banjir. Perkarangan dan kawasan dalam masjid dibersihkan daripada sampah sarap yang dihanyutkan oleh banjir. Selain itu, mangsa-mangsa banjir itu juga diperiksa kesihatan mereka agar terhindar daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 7/2015

1  Kelab Sukarelawan Muda
2  disempurnakan
3  berbesar hati
4  berganding bahu
5  membentuk jiwa
6  bertungkus lumus
7  turun padang
8  kerjasama

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 7/2015

A
1  tarian asli
2  tarian ngajat
3  tarian sumazau
4  tarian daling-daling

B
1  ✓   2  X   3  ✓   4  ✓

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian A)  7/2015

1  Dua orang kanak-kanak menaiki buaian sambil ditemani oleh ibunya.
2  Tiga orang kanak-kanak bermain papan gelongsor dengan gembira.
3  Dua orang kanak-kanak lelaki bermain badminton dengan bersungguh-sungguh.
4  Seorang tukang sapu menyapu daun-daun kering yang ada di bawah pokok.
5  Seorang ibu muda mendukung anak kecilnya sambil memerhati kanak-kanak bermain papan gelongsor.



Jawapan Mingguan Didikku Tahap 2 6/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 4  6/2015
1  ceramah
2  diundang
3  keselamatan
4  berkumpul
5  sambutan
6  memakai

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5  6/2015

1  Ketika menaiki teksi, Aiman memakai tali pinggang keselamatan.
2  Adila dan rakannya berdiri di dalam kereta api ketika perjalanan ke Rawang.
3  Farah dan keluarganya memakai jaket keselamatan ketika menaiki feri ke Pulau Langkawi.
4  Encik Malek memakai tali pinggang keselamatan ketika menaiki kapal terbang ke Indonesia.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6  6/2015

1  Maksud : Kuih yang dibuat daripada adunan tepung dengan pisang, gula dan sebagainya yang digoreng.
Ayat : Ibu membuat jemput-jemput pisang untuk kami sekeluarga.

2  Maksud : Koyak-koyak (tentang kain baju).
Ayat : Pakaian pengemis itu compang-camping.

3  Maksud : Banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar.
Ayat : Badan lelaki itu calar-balar akibat dicakar oleh harimau yang ganas.

4  Maksud : Sesuatu yang dibawa dari berpergian; buah tangan.
Ayat : Ibu membawa oleh-oleh dari Bandung, Indonesia.

5 Maksud : Lelangit, kain yang digantung di bahagian atas bilik.
Ayat : Aidil mengadu kepada ibu yang lelangitnya sakit sejak semalam.

6  Maksud : Tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim.
Ayat : Jarang-jarang sekali rumahnya dikunjungi pembesar negara.

Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian C)  6/2015
  
          Kita mestilah ringan tulang apabila ibu meminta pertolongan seperti pergi membeli barang. Kita juga mestilah rajin bersenam seperti berjalan kaki untuk mengekalkan kecergasan. Selain itu, kita juga perlu prihatin dengan membantu orang kurang upaya seperti memimpin orang tua melintas jalan. Kita juga perlu mengutamakan  keselamatan dengan memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas jalan. Akhir sekali, kita perlu bijak berbelanja sebelum membeli dengan membuat catatan terlebih dahulu.

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 7/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1  7/2015

Unit 13
1  longkang
2  penyapu
3  tong sampah
4  tingkap
5  tangga
6  zink
7  lantai
8  pasu bunga

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2  7/2015

Unit 12
1  ukiran
2  adunan
3  Lukisan
4  Bangunan

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3  7/2015

Unit 10
1  Ayah dan abang membersih kawasan rumah.
2  Orang dewasa, remaja dan kanak-kanak menjamu selera.
3  Penduduk Kampung Pulau Melaka bersenam sambil mengikut irama muzik.
4  Penyanyi itu menyanyi lalu meminta penonton menyanyi bersamanya.

Jawapan Latihan Penulisan A  7/2015

1  ucapan
2  beratur
3  berdiri
4  mendengar
5  mengawasi

Jawapan Mingguan Didikku Tahap 1 6/2015

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 1  6/2015

Unit 12
1  buah rambutan.
2  raga besar. 
3  buah rambutan.
4  membuang kekotoran.

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 2  6/2015


Unit 10
1  sumbangan
2  perpustakaan
3  set komputer
4  buku cerita
5  kamus 
6  carta 
7  poster
8  sayang

Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 3  6/2015

Unit 9
1  Penulis paling minati permainan catur.
2  Jumlah pemain catur ialah dua orang atau lebih.
3  Permainan catur diadakan di tempat yang terbuka atau tertutup.
4  Peralatan yang digunakan di dalam permainan catur ialah papan catur dan buah catur.
5  Permainan catur menjadikan otak kita aktif dan cerdas.

Jawapan Latihan Penulisan C  6/2015


1  bangga
2  bertanggungjawab
3  kasih sayang
4  bersyukur
5  semangat patriotisme