Pendahuluan
- cuti sekolah
- majlis Pertandingan Akhir Dikir Barat 2015 (Karnival Seni Budaya Kelantan 2015) 20 Ogos 2015
Isi
1 - meriah dan menarik
- memperkenalkan kumpulan yang bertanding
- setiap kumpulan diketuai seorang Tukang Karut dan Tok Juara
2 - Tukang Karut dan Tok Juara mendahului dengan nyanyian sambil berbalas pantun
- awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang
3 - penonton memberi sokongan
- masing-masing menunjukkan kelebihan
- pemenang Kumpulan Dikir Barat Pasir Mas Penutup
Penutup
- satu pengalaman yang sukar dilupakan
Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 5 9/2015
Bumi bertuah kesayangan semua,
Negara Malaysia diberi nama,
Pelbagai agama pelbagai amalan,
Budaya yang baik perlu dikekalkan,
Rumah terbuka tetamu pun diundang,
Pelbagai hidangan banyak terhidang,
Pelbagai bangsa hidup bersatu,
Sentiasa dirai tanpa seteru,
Jawapan Bahasa Malaysia Tahun 6 9/2015
A
1 Seorang lelaki memegang cangkul sambil memerhati dua orang rakannya mengangkat kuali besar.
2 Seorang lelaki berbual-bual dengan rakannya sambil memegang cangkul.
3 Dua orang lelaki mengangkat kuali besar untuk diletakkan di dalam lubang dapur.
4 Seorang lelaki membawa kayu api untuk digunakan ketika memasak.
5 Seorang lelaki memerhati rakan-rakannya yang sedang melakukan tugas masing-masing.
B
1 Budak perempuan itu selalu pergi ke hutan mencari buah-buahan yang boleh dijadikan makanan.
2 Pari-pari menghadiahi Jane sebuah periuk ajaib sebagai tanda terima kasih.
Jawapan Penulisan Efektif (Bahagian C) 9/2015
Kita hendaklah menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti membantu bapa. Kita juga hendaklah rajin seperti menolong bapa di dalam pekerjaannya. Selain itu, kita juga mestilah peramah dalam melayan pelanggan-pelanggan yang datang membeli. Kita juga perlu menjaga kebersihan dengan mencuci gerai sebelum pulang. Akhir sekali sebagai bapa kita perlu bersyukur mempunyai anak yang suka menolong.